Sunday, 7 May 2017

Tips sebelum membuat pinjaman bank untuk rumah/hartanah

Assalamualaikum.

Harini nak kongsi tips yang perlu anda ambil tahu sebelum anda setuju untuk sign LO(Letter of Offer) .
Apa tu LO? LO ialah perjanjian pinjaman antara bank dengan peminjam(kita). 

Pertama sekali kita perlu membuat survey promosi terbaik yang bank boleh tawarkan pada ketika itu. tolong buat perbandingan sekurang kurangnya TIGA jenis bank. Tawaran bank adalah berbeza bagi setiap masa. Jadi kita tak boleh cakap Bank A atau Bank B bagus. Ia tergantung pada apa promosi yang ditawarkan ketika itu. Anda cuma perlu call bank dan minta dia quotation. Bank akan pandai la nak uruskan. 

Kedua, bila dah dapat LO tu lihat pada term/istilah yang digunakan. 

  • Loan -- konvensional
  • Financing -- islamik

Ketiga, bila dapat LO jangan terburu2 untuk sign. Baca dulu offer. Kenal pasti perkara2 penting yang perlu anda tahu. Item yang perlu dikenal pasti seperti di bawah. 


1. Kenal pasti tarikh pada letter of offer yang bank bagi . Pastikan  tarikh dan tahun adalah betul.

*** Bagi kes2 LO yang lama dahulu peminjam boleh revise interest atau mana2 bahagian jika perlu. peminjam hanya perlu berhubung dengan pihak bank. Contohnya bagi hartanah yang dibeli sebelum tahun 2006, kadar interest adalah sangat tinggi sekitar 7%-8%. Jadi peminjam boleh ke bank dan minta bank tukar interest baru mengikut kadar semasa (4%-5%)

2. Jenis pinjaman : term, flexi dan semi flexi

a) term: tak ada facility untuk advance payment. Jadi kalau kita ada duit lebih nak bayar cepat tak ada kelebihan apa2. bank masih charge sama. so better ambil flexi atau semi flexi. jika ada duit lebih, boleh bayar advance. habis bayar cepat dapat kurangkan interest. 

b) flexi : sesuai untuk orang bisnes sebab boleh attach dengan current account

c) semi flexi: 

3.Jumlah pinjaman - check la betul ke tak seperti yang dikehendaki

4. Tempoh pinjaman - tengok berapa lama bank tawarkan. biasanya bergantung pada umur kita. kalau muda lagi dapat la maksimum 35tahun.

5. Rate of interest - bagi tahun 2017 ni rate bagus : 4.6% - 4.4%

6. Penalti bayaran lewat - check berapa tempoh dan percent denda dikenakan jika peminjam terlupa bayar atau terlambat bayar. pengsan nak bayar jika penalty chargest tinggi mencanak. 

7. Lock in period - tempoh sebelum boleh jual semula rumah.Lagi bagus kalau bank tak ada lock in period. 

8. Tempoh MRTT (insuran). Tolong pastikan tempoh MRTT sama dengan tempoh pinjaman bagi mengelakkan waris perlu menanggung apa2 jika berlaku sesuatu pada peminjam.

ok tu sahaja perkongsian. Diharapkan dapat memberi sedikit pencerahan kepada anda semua nak membuat pinjaman bank bagi perumahan anda. Ambil tahu supaya tak kena tipu atau tersilap langkah ya. Semoga bermanfaat.

Mai
KSE 
Mei 2017