Perkongsian ini hanyalah berdasarkan pengalaman sahaja. mungkin banyak lagi maklumat yang tidak dinyatakan.
RUMAH BARU
1) harga lebih mahal bermula 2015
2) rumah design modern dan cantik
3) bermula 2015 susah untuk dapatkan rumah di atas tanah di bawah harga mampu milik kecuali di daerah kecil dan jauh dari bandar metropolitan
4) dapat peluang waive/free untuk charge lawyer dan MOT
5) kena tunggu 1-5 tahun untuk rumah siap
6) harga jual semula lebih tinggi
7) semua benda perlu dibuat dari zero seperti memasang grill, pendawaian elektrik dan lain2
8) dapat rebate/diskaun/ offer dari developer
9) perlu bayar booking untuk chop je dulu. Lps tu blh fikir lagi ambil masa sebelum bayar 3% dan 7%.
RUMAH SUBSALE
1) harga lebih murah
2) bernasib baik dpt rumah cantik
3) kurang bernasib baik perlu keluar kos untuk repair/refurbish
4) perlu keluar kos extra untuk kos lawyer dan MOT
5) perlu keluar cash 10% untuk bayar pada owner segera
6) hanya perlu tunggu tempoh loan/lawyer selesai maximum 6 bulan setelah anda bayar 10%
7) biasanya rumah subsale dah siap pasang grill, tinted window, wiring kipas lampu, dan kitcehen cabinet. bergantung pada rezeki anda. disini dah jimat kos kalau benda dah ada kena pada selera anda. Jadi masa survey tu masuk kan ciri-ciri ini sebagai bonus jika ada.
8) harga jual semua mungkin lebih rendah bernanding jika beli rumah baru. ( increment tu mungkin lebih perlahan)
Senaraikan semua kos. Kadang2 rumah baru boleh jadi lebih murah sebab tiada kos lawyer dan lain2. rumah lama nak repair lagi. Tapi kalau dpt rumah subsale yg sgt murah, atau keadaan masih elok mungkin boleh dipertimbangkan. Ukur baju di badan sendiri.hehe.
Senaraikan baik buruk, berbincang dan buat la istikharah. Berdoa pada Allah untuk diberi petunjuk membuat keputusan terbaik.
Semoga perkongsian memberi manfaat pada semua.
No comments:
Post a Comment