Sebelum membuat keputusan untuk membuat loan rumah anda perlu survey dulu market. Minta quotation dari beberapa bank. Jangan terburu2.
Ada beberapa pilihan:
1) Jika anda membeli rumah dari agent minta dia yang uruskan. minta dia contact beberapa bank. Jgn takut untuk menggunakan khidmat agent kerana dia dah dpt komisen yang tinggi dari penjual.
2) Pergi sendiri ke beberapa bank terus ke bahagian pinjaman dan minta quotation dgn pegawai berkaitan. Pergi ke kaunter pertanyaan dan tanya mana perlu dituju untuk buat loan.
3) Cari contact dari online. Call beberapa bank bahagian pinjaman dan minta quotation melalui telefon.
Quotation tu ada minta berapa percent interest dan bayaran bulanan. Cari juga bank yang waive/free caj untuk perjanjian jual beli(S&P) untuk loan. biasa BSN yg offer ni. Tapi interest tinggi pula. Jadi kena betul2 buat perbandingan.
Bila dah buat permohonan anda kena bagi beberapa dokumen. Nanti bank akan bagitau berapa interest dan perlu bayar sebulan. Masa ni baru anda buat perbandingan dan pilihan. Bila dah agree kenala sign perjanjian. Baca betul2 perjanjian. Jangan main sign je.
Pilih bank yang sng anda nak pergi. Senang nak berurusan kalau ada masalah.
Buatlah pertimbangan dengan bijak
Harap perkongsian memberi manfaat kepada yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment