Wednesday, 14 October 2015

Tips sebelum masuk rumah baru

Jika anda membeli rumah dari developer, amik tahu tarikh jangka rumah anda siap. Jadi senang nak agak masa untuk mula buat persediaan masuk rumah.Berhubunglah dengan developer/salesman rumah anda untuk tahu progress sebab biasa mereka yang urus semua.

Jika anda beli rumah subsale kerap lah berhubung dengan lawyer untuk tahu progress perjanjian jual beli rumah anda. Call bank juga kalau rajin untuk pastikan loan anda tiada masalah. Jika tempoh semua urusan melebihi 6 bulan anda sebagai pembeli perlu menganggung kos denda kepada penjual. Jadi janga buat tak reti je. Rajin rajin la call tanya progress. Push sikit kalau nampk progress macam siput.

Dalam masa menunggu jangan duduk diam. mula lah fikir2 apa yang perlu dibuat pada rumah jika anda nak duduk. Nak sewakan pon kena fikir jugak. Takkan nk sewakan rumah tak ada kipas lampu.
hehe

Jadi
1) buat lah checklist perkara perlu dibuat. Contoh: pasang grill, kitchen cabinet, plaster ceiling, cat, tinted tingkap, wiring, loceng, alarm, extend dapur, awning, renovate dan lain2.

2) bila dah ada checklist buat bajet pula. Tetapkan bajet supaya senang nk survey barang. Ingat, ada perlu masa yang lama untuk survey. Kecuali lah anda ada duit sekepok.  Tak apalah. Upah aje interior designer. tak gitu. hehe

3) Sekarang masa untuk survey kontraktor. ringan2 la mulut bertanya kawan2 atau kenalan. cari iklan2 atau baca la blog2 yg rajin berkongsi. tapi kena tgk reputation company jugak. nanti kena tipu kan dah kesian.

4) rajin2 la check tarikh2 bila ada pameran perumahan.
Pergi homedec/pameran2 yg dibuat di pwtc, midvalley, klcc dan lain2. pergi homedec tu untuk dapatkan gambaran harga je. kalau jumpa yg murah blh la block bayar deposit. Tp ingat! Jangan terburu2. Ambil masa untuk survey. Sebab tu perlu buat awal.

Semua tips ini untuk orang2 yang budget tight/orang2 muda baru nak mula hidup/orang yang suka buat kerja survey macam saya.hehe.

Saya sangat enjoy buat kerja ni semua. its a therapeutic activity for me. hehe.

Semoga perkongsian memberi manfaat pada yang memerlukan.



Tips membuat loan membeli rumah

Perkongsian adalah berdasarkan pengalaman sahaja.

Sebelum membuat keputusan untuk membuat loan rumah anda perlu survey dulu market. Minta quotation dari beberapa bank. Jangan terburu2. 

Ada beberapa pilihan:
1) Jika anda membeli rumah dari agent minta dia yang uruskan. minta dia contact beberapa bank. Jgn takut untuk menggunakan khidmat agent kerana dia dah dpt komisen yang tinggi dari penjual.

2) Pergi sendiri ke beberapa bank terus ke bahagian pinjaman dan minta quotation dgn pegawai berkaitan. Pergi ke kaunter pertanyaan dan tanya mana perlu dituju untuk buat loan. 

3) Cari contact dari online. Call beberapa bank bahagian pinjaman dan minta quotation melalui telefon.



Quotation tu ada minta berapa percent interest dan bayaran bulanan. Cari juga bank yang waive/free caj untuk perjanjian jual beli(S&P) untuk loan. biasa BSN yg offer ni. Tapi interest tinggi pula. Jadi kena betul2 buat perbandingan.

Bila dah buat permohonan anda kena bagi beberapa dokumen. Nanti bank akan bagitau berapa interest dan perlu bayar sebulan. Masa ni baru anda buat perbandingan dan pilihan.  Bila dah agree kenala sign perjanjian. Baca betul2 perjanjian. Jangan main sign je. 

Pilih bank yang sng anda nak pergi. Senang nak berurusan kalau ada masalah.

Buatlah pertimbangan dengan bijak

Harap perkongsian memberi manfaat kepada yang memerlukan.





Kos membeli rumah subsale

Setiap perkongsian hanyalah berdasarkan pengalaman. Berkemungkinan maklumat adalah tidak lengkap:

Jika anda membeli rumah subsale/second hand/ atas tangan orang anda perlu menyertakan kos-kos lain selain kos membeli rumah dan 10% cash untuk deposit.

1) Kos membayar lawyer untuk perjanjian jual beli/ Sale and Purchare agreement (S&P)

Yuran Guaman
Harga beli

RM0 – RM150.000                  – 1.00% (tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM300)

RM150,001 – RM850.000       – 0.70%

RM850,001 – RM2,000,000    – 0.60%

RM2,000,001 dan seterusnya – 0.50%

2) Kos duti stem untuk perjanjian jual beli/ Sale and Purchare agreement (S&P) 

Duti Setem
Harga hartanah

RM100.000 yang pertama  – 1.0%

RM 400,000 yang seterusnya  2.0%

Selepas RM500,000 – 3.0%

3) kos membayar lawyer untuk loan bank

Yuran Guaman
Sama seperti  yuran guaman perjanjian jual beli.

4) duti stem untuk loan bank

0.5% dikenakan keatas jumlah pinjaman.
Nota: Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kos pemilikan bagi pembeli rumah kali pertama, sehingga 31 Disember 2014, untuk pembeli rumah pertama kali, akan ada diskaun 50% duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan dan perjanjian pinjaman untuk pembelian harta kediaman bernilai RM400,000 dan ke bawah.
Pastikan maklum pada lawyer ini rumah pertama anda. kalau tak mmg tak dapat. Banyak tau 50% diskaun,

5) kos penilaian rumah (evaluation cost)

RM100,000 yang pertama –  0.250%

RM1,900,000 seterusnya  – 0.200%

RM5.000.000 seterusnya  – 0.167%

RM8.000.000 seterusnya  – 0.125%

RM35,000,000 seterusnya – 0.100%

6) kos insurans (blh absorb dlm loan)
Boleh minta semua agensi quote kepada anda. Pilih yang terbaik. Biasanya agent yang uruskan. Tapi kalau rajin buat lah sendiri. Dapat jimat kos dan dapat servis terbaik. Boleh pilih nak insurans selama 35 tahun atau 5 tahun atau ikut suka anda. Tapi tolong pastikan anda renew bila hampir tamat tempoh. Malang tidak berbau. Ajal datang tidak memberi salam. Jika rumah anda tidak diinsuran kan, dan jika anda meninggal dunia pewaris anda wajib menyambung bayaran selepas anda mati.  Biarlah kita pergi tidak menyusahkan anak suami isteri. hehe. Jgn lupa maklum dan link kan dgn pihak bank yang uruskan loan anda.

cth: mcm kes saya, utk 35 tahun kos insurans adala 20k..tp kalau sy buat 5 tahun sahaja kos insurans 2k sahaja...jadi sy yg kurang duit ni buatla 5 thn dulu. nanti saya akan renew bila dah nk tamat tempoh. tapi masa tu umur saya dh meningkat. mungkin harga dia pon dah meningkat. 
saya tak nak absorb dlm loan. sbb prinsip saya adalah meminimumkan sebanyak mungkin loan. 

**update: adalah lebih baik pastikan tahun insurans sama dengan jumlah tahun pinjaman. Ianya bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku pada pemnjam dan waris perlu menanggung. 

OK TIPS NAK BAGI NI. SEMUA KOS YANG DINYATAKAN DI ATAS MASIH BOLEH DIRUNDING. CONTOH: KOS LAWYER. MINTA QUOTATION DAN MINTA DISCOUNT. BIASA LAWYER MMG BLH BG DISKAUN SEBAB MEREKA JUGA BERSAING. BUKAN SNG NK DPT KES SKRG NI. 

EVALUATION KOS JUGA SAYA ACAH2 MINTA DISKAUN. DAPAT RUPANYA. HEHE. BYK JUGAK. DIA QUOTE RM1200. SAYA MINTA RM850...DIA BAGI!HEHE.BODEK2 LA SIKIT.(contact evaluator juga saya dapat dari agent loan saya)

Anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya 2 quotation dari 2 lawyer berlainan. untung2 dapat la diskaun byk sikit. Cari la lawyer yang buat kerja laju dan tak banyak masalah. boleh minta agent beli rumah anda cadangkan. Mereka tau reputation lawyer ni sbb byk berurusan dengan lawyer. agent pon dapat komisen dia sikit. Kalau anda ada saudara mara lawyer lagi la bagus.

Saya pakai lawyer HIKMAH n CO. owner masih muda dari UIA. saya agak gamble sebab hanya berdasarkan cadangan oleh agent. tapi Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar. Boleh la google cari contact beliau. 

Harap perkongsian ini memberi manfaat pada yang memerlukan. 
















Rumah baru atau rumah subsale?

Perkongsian ini hanyalah berdasarkan pengalaman sahaja. mungkin banyak lagi maklumat yang tidak dinyatakan.

RUMAH BARU
1) harga lebih mahal bermula 2015
2) rumah design modern dan cantik
3) bermula 2015 susah untuk dapatkan rumah di atas tanah di bawah harga mampu milik kecuali di daerah kecil dan jauh dari bandar metropolitan
4) dapat peluang waive/free untuk charge lawyer dan MOT
5) kena tunggu 1-5 tahun untuk rumah siap
6) harga jual semula lebih tinggi
7) semua benda perlu dibuat dari zero seperti memasang grill, pendawaian elektrik dan lain2
8) dapat rebate/diskaun/ offer dari developer
9) perlu bayar booking untuk chop je dulu. Lps tu blh fikir lagi ambil masa sebelum bayar 3% dan 7%.


RUMAH SUBSALE
1) harga lebih murah
2) bernasib baik dpt rumah cantik
3) kurang bernasib baik perlu keluar kos untuk repair/refurbish
4) perlu keluar kos extra untuk kos lawyer dan MOT
5) perlu keluar cash 10% untuk bayar pada owner segera
6) hanya perlu tunggu tempoh loan/lawyer selesai maximum 6 bulan setelah anda bayar 10%
7) biasanya rumah subsale dah siap pasang grill, tinted window, wiring kipas lampu, dan kitcehen cabinet. bergantung pada rezeki anda. disini dah jimat kos kalau benda dah ada kena pada selera anda. Jadi masa survey tu masuk kan ciri-ciri ini sebagai bonus jika ada.
8) harga jual semua mungkin lebih rendah bernanding jika beli rumah baru. ( increment tu mungkin lebih perlahan)

Senaraikan semua kos. Kadang2 rumah baru boleh jadi lebih murah sebab tiada kos lawyer dan lain2. rumah lama nak repair lagi. Tapi kalau dpt rumah subsale yg sgt murah, atau keadaan masih elok mungkin boleh dipertimbangkan. Ukur baju di badan sendiri.hehe.


Senaraikan baik buruk, berbincang dan buat la istikharah. Berdoa pada Allah untuk diberi petunjuk membuat keputusan terbaik.

Semoga perkongsian memberi manfaat pada semua.


Tips mencari rumah untuk dibeli

Berikut merupakan perkongsian berdasarkan pengalaman kami suami isteri

Kami mengambil masa hampir setahun meronda-ronda mencari rumah yang sesuai dengan kami.

Berikut merupakan tips dan pengalaman yang dapat dikongsi:

1) Tetapkan budget. Tetapkan iman dahulu nak duduk teres/apartment/kondo

2) Pilih sama ada nak baru dari developer/subsale( rumah orang dah duduk)

3) HARI HARI mesti periksa update terbaru dalam mudah.my dan website lain

4) Setiap hujung minggu luangkan masa untuk pergi ke pejabat-pejabat jualan untuk melihat rumah contoh.Tebalkan muka dan masuk dengan yakin mcm anda mampu walau rumah tu harga 1million.hehe. masuk aje survey2 dan tanya2 future projek yang sesuai dengan bajet anda. tak salah.

5)Cari dalam website developer2 yang terbaru dan terkemuka. Daftar/ subscribe dengan mereka. Jika ada new launching mereka akan email/sms/hubungi kita. Contoh: ioi property, sime darby, pnb, atau developer2 melayu

6) Cekalkan hati untuk whatsapp/sms/call contact yang dapat dari mudah/iklan tepi tiang/papan billboard. Mula2 memang rasa malu/malas. Tapi sumpah tak ada apa yang pelik pon kalau buat tu. Kita customer dan pengguna mmg kita kena survey. Beli ikan pon pilih inikan beli rumah. Jadi call dan tanya sepuasnya. Tak beli pon tak apa. Tanya!

7) Apa nak ditanya?
-berapa harga?
-berapa built in area(luas rumah)
-berapa land area (luas tanah)
-ada kos maintenance atau tidak setiap bulan?
-apa kos ditanggung developer? cth: lawyer, MOT dan lain2/ (biasa rumah subsale tanggung sendiri)
- apa offer diberi developer? cth: rebate 2K , waive MOT, free aircond, free cabinet etc
-bila anggaran siap?

8) Bila dah call( biasanya agent). Buat temujanji untuk tengok rumah. Pergila tengok keadaan rumah, sekeliling rumah, neighbourhood dan lain2. Jangan malu dan segan. Yang penting rajin dan dapat sokongan penuh pasangan. hehe. Jangan buat berani pergi sorang2.

9) Bila dah buat shortlist yang mana sesuai dgn budget buat jadual pro and cons dan bandingkan. Contoh:

RUMAH A: 
-rumah teres
-1800 sqft buit up
-from developer
-harga 450k
-3 tahun lg siap
-design modern dan baru
-tak perlu keluar kos MOT, lawyer dan lain2
-jarak 20km

RUMAH B
-rumah teres 1800 sqft built up
-rumah subsale
-rumah lama 
-harga 380k
-kena tanggung sndr kos laywer, MOT dan lain. (lebih kurang 20K)
-perlu repair dan touch up rumah
-3 bulan urusan bank selesai dapat duduk
-jarak 5km

RUMAH C
-rumah kondo
-900 sqft built up
-rumah baru dari developer(free MOT,lawyer etc)
-harga 350k
- 1 tahun siap
- jarak 5 km

Kemudian anda timbang2 la pilihan anda dan buat istikharah.
Semoga bermanfaat pada yang memerlukan





1 muharram 1437 H

Today is 14 Oct 2015 and 1 Muharam 1437H alhamdulillah another new chapter in life.

Let see how much i can stay writing this blog. haha. i loveee writing. its very hard to start. once start cant stop pulak kan. haha

so new resolution for 1437H

1) do not miss any  solat. especially suboh on weekends ;(
2) pray on time/early
3) more khusyuk in prayer
4) dress properly
5) eat healthy food
6) exercise regularly
7) talk when needed
8) sedeqah more
8) istighfar and zikir more

Insha Allah. let see how i achieve in 1438H

Happy New Year 2015

Oh my God! after a year i just found this blog again!

its already 2015!

this post was in the draft. So i decided to publish today. hehe

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Look back on what i wrote in 2013 i almost achieve everything now

"2013 ran so fast. Too many things happen in 2013. get married, work hard, study hard, travel hard. most of the time on the road driving.

Hope for 2014: Give more, Cook more, eat healthy, stay positive, better muslim, better career and better wife.

Dream for 2014: Live in my own house. Let it be small or just a rent house. But i can go back from work, cook to my husband,watching tv, read books, chit chatting with husband in my own house."


Alhamdulillah:

Now i am living together with my husband.Its a small renting house in the middle of the jungle in small state southern Malaysia. haha

I cook almost everyday. I drink lemon with green tea every on weekdays.(weekend malas) haha. 
I have changed to 3 different workplace. I miss my first posting. but the latest satisfy most of my career passion. I love doing what i am doing. Alhamdulillah

Today is 14 Oct 2015 and 1 Muharam 1437H alhamdulillah another new chapter in life