Monday 19 October 2015

Tips membuat Kitchen Kabinet bagi amatur dan bajet ketat

Tips membuat Kabinet dapur( kitchen cabinet) bagi amatur dan bajet ciput dan ketat.

1) Ukur dahulu dapur anda. buat ukuran yang tepat seperti yang dikehendaki
2) Lakar design yang anda mahukan. Contoh: L shape, Ishape, ada island etc
3) Anda perlu tahu bahagian bawah kabinet dipanggil BASE. Manakala bahagian atas iaitu yang tergantung di dinding dipanggil WALL. yang tinggi tak ada base tu dipanggil TALL.
4) Tentukan material yang ada mahukan . Material ini meliputi material bagi pintu, badan dalam, table top dan lain2.

Pintu
Setiap material harga berbeza2.

- Jika anda mahu yang paling jimat dan bajet tentulah MELAMINE. ada juga kedai yang offer LAMINATED MICA. Laminated mica lebih kukuh berbanding melamine. Tapi masih berada dalam range bajet ciput.

-Jika anda mahu yang glamour kilat2 tu dan bajet juga bagus pilihlah 3G atau 4G atau sekarang dah keluar 5G.

-ada juga material lain seperti acrylic, solid nyatuh dan lain. ini juga dari kasta yang berbeza dan harga berbeza.

BASE( table top)

a) mieco.
Bagi bahagian base iaitu kabinet di sebelah bawah, kita perlu pilih material untuk table top. Yang paling bajet ialah: MIECO. Selalunya material mieco ni akan diberi percuma je. bergantung pada kedai yg anda ambil. biasa material top mieco ni kaki dan badan dia pon kayu. Jadi dia kira sekali lumpsum sahaja sekaki berapa.

b) konkrit+tiles 
ini mmg fashion dari dahulu kala la. ada yang buat ni asing bersama kontraktor binaan anda. ada yang upah orang kitchen cabinet tu sekali. jadi tanya la dulu harga berapa ya. bandingkan. kalau dapat rm150 sekaki tu kira ok tak mahal la tu. harga ni dah kira sekali kaki dan badan. pintu je belum

c)granite
ni yang plg cantik la bagi saya. sebab dia tak ada garisan potong2. nampak licin je dari jauh.tp harga memang mahal. sebab dia kira top sahaja. belum kira kaki dan badan dia. kalau konkrit tu dah kira harga sekali kaki dan badan. sekarang ni market kalau saya survey kebanyakan dalam RM150 sekaki. harga top sahaja ye.

d) solid surface.
material ni pon cantik la jugak. ada baik buruk solid surface and granite ni. buat la kajian sikit ye. kalau rajin nanti saya buat la entry baru. haha. harga lebih kurang granite jugak.

BADAN
badan dia selalunya pakai kayu la. Tapi adala jenis material kayu yg kuat dan tahan. saya pon tak pasti nama dia. Tapi sekarang ni dah banyak yg buat jenis aluminium. Jadi tahan dari anai2 dan tidak basah la kalau kena air. harga mahal la sikit kan.

5) Setelah memilih material yg dikehendaki, anda perlu membuat keputusan untuk memakai hood jenis apa. SLIM atau CHIMNEY. yang tu pon kena buat kajian jgk. kalau slim senang pasang. lebih murah. tapi suction power tidak kuat. Chimney ni kena tebuk lubang dan alirkan asap keluar. ada caj tambahan. lebih makan ruang. Tapi lebih cantik dan modern la. Masa minta quotation biasa dia akan tanya. sebab kalau slim bahagian atas masih ada kabinet. kalau chimney kosong.

6) Pergi la ke kedai Kitchen kabinet dan beri lah ukuran dan lakaran gambar kabinet yang anda kehendaki. Bagi la detail2 yang anda dah buat tadi.  Kalau tak pasti material x apa. minta dia quote semua material. haha. tp lama la anda nak kena tunggu.

7) untuk pertama kali, anda pergi kekedai minta dia tunjuk contoh semua material tu. Anda pegang la rasa la. Tanya la apa yang patut.. Minta quotation. Jangan terburu2. Masa ni anda belajar kenal jenis dan perbezaan material.

8) Bila dah terror bab2 material ni semua, anda boleh minta quotation melalui FB, email, telefon, whatsapp dan lain2. Bagi detail yang anda dia nanti dia akan quote. Lebih mudah dan anda akan dapat banyak quotation berbeza. Tengok juga contoh hasil kerja mereka melalui gambar di FB, blog dan lain2.

9) OK ni bab yang paling penting. terdapat beberapa hidden cost yang anda perlu tahu.

a) piping/plumbing. - biasa mereka akan charge RM200. kadang dia x quote dan tak sediakan. Kadang dia bagi free tapi kita x tahu. Jadi kena tanya!Kalau anda ada suami yang pandai plumbing baik x perlu masuk dlm cost. jimat RM200. kalau malas nk fikir layan jela..

b) kos pemasangan hob and hood atau built in oven. - ada yang charge extra. ada yang bagi free. Jadi tanya!

c) kos ducting hole- lubang untuk asap keluar dari hoood anda. kalau pasang chimney. yang ni memang ada charge sebab kerja susah sikit. jadi tanya! kang x pasal hood anda jadi hiasan x blh digunakan sebab anda x tahu. minta dia buatkan sekali. kena bayar. selalu RM300. saya dapat RM 120 aje. murah, kena pandai bodek =)

d) sinki tap/hood and hob
ada setengah company dia bg free.include dalam quotation. ada yang x bagi. ada yang bagi tapi cap ayam. jadi anda perlu cek. sebenarnya dia bukan bg free pon dia dah kira siap. Jadi anda kena ambil kira bab tu jugak ok. kalau dia bg good deal why not kan.

e) bahagian bawah kabinet, kalau pakai kayu boleh basah. tanya dia ada bg material apa untuk kaki. kadang ada yang bagi free stainless steel balut keliling kayu tapak kaki tu. untuk elak kena air dan rosak.

f) soft close. ni jgn tertipu. skrg semua company bg free. tp biasa untuk pintu je. laci x termasuk. Jadi masa pasang check ada ke tak. kang kena tipu. hehe

10) TIP YANG PALING PENTING.
minta mereka quote details one by one. Jgn bagi harga terus. contoh: basse harga berapa sekaki, wall berapa sekaki, table top berapa sekaki, etc. Sebab bila anda berubah fikiran nk tukar design, senang anda nak bajet. Jadi tak kena tipu. Contoh: saya nak tambah kabinet tall tempat letak built in oven dan microwave. Kalau yang jenis bagi harga lumpsum, dia akan tambah tambah tambah duit kalau kita tukar design. Padahal kalau kira satu-satu balik kadang boleh lagi jimat. fhm ke? hehe. Kalau dia bagi harga detail sekaki berapa untuk wall,base,tall etc. anda sendiri blh kira kos anda kalau nk tukar design. takdela kena tipu.

OK. Harap anda faham la dengan apa yang ditulis ni. Memula mmg blurr. Lps  2 3 kedai masuk dah terror dah. Lagi terror kalau anda dah buat kajian sikit2.hehe

Diharap post ini dapat memberi manfaat kepada anda yang bajet dan amatur mcm saya dahulu. hehe.






No comments:

Post a Comment