Tuesday 20 October 2015

Tips membuat plaster siling dan lampu

Tips membuat plaster siling bagi yang bajet

1) buat ukuran sendiri
2) pilih design yang dikehendaki (flat/L box/lain2)
3) minta quotation dari pelbagai company dengan ukuran dan design yang kita nak

quotation meliputi:

a) plaster siling - selalu harga bermula rm2 sekaki. saya punya rm3 sekaki. mungkin lebih. jd kena survey

b) wiring/pendawaian elektrik- point LED rm60, point kipas RM70. ni harga kontraktor sy. mmg murah. sebab tu kena minta quotation secara terpeinci. supaya boleh compare.

c) cat siling- saya dapat FREE

d) pendawaian lampu t5 ---- saya pilih jenis Lbox. Jadi ada longkang. saya nk buat lampu keliling longkang tu. tak buat pon tak apa. terpulang. yang tu kontraktor saya ng harga rm18 sekaki. berapa kiraan dia tu bergantung lah ukuran siling anda..

e) design - saya pilih L box tanpa cornice. ada quotation saya dapat dia charge extra RM1000 untuk design sahaja. kontraktor saya tak caj pon. jadi kena tanya juga ya.

jadi mesti tanya dan masukkan semua.kecuali nak kontraktor lain-lain.

bajet anda jangan lupa masukkan  lampu dan kipas.
LAMPU dan KIPAS biasanya beli sendiri.

Tips membeli lampu.
Pergila beli dekat kedai yang murah. tawarla sehabis baik/kedai lampu ni dia letak harga tinggi. kita kena tawar menawar. downlight paling murah yang saya dapat RM15. tak ada warranty yang tu.terpulangla. ada yang harga 25,35,45..semua lain kualiti...warranty lain. pergila kedai dekat dgn rumah. nak claim warranty kan senang. biar mahal sikit. kalau terbakar boleh tukar sebijik atau tukar driver.

kaji dulu jenis lampu yang kita nak. LED jimat elektrik.tapi mahal sikit. tapi jimat dekat bill.

Kalau buat plaster siling jenis L box lebih cantik kalau di longkang itu ada cahaya. Jadi kita perlukan lampu jenis T5.. sebelum beli tanya dulu kontraktor berapa kaki nak beli.


                             ha ni la contoh kt mana lampu t5 tu diperlukan. gambar diambil dari google ye.

 Tolong masuk dalam bajet anda ye lampu T5 dan downlight tu...memang banyak pakai duit...kalau tak termasuk dalam bajet memang boleh terbabas...

bila ke kedai lampu tu iman kena kuat..terlalu byk pilihan. pilihlah berdasarkan bajet..ikut salesgirl/man tu mmg la dia nak jual kualiti paling baik..terpulangla pada kita kan..mereka boleh bagi nasihat...

ni belum masuk bab chandeliar kan. rumah saya x pakai chandeliar. jadi saya tak mencari la. tapi tips yang boleh berikan agak dulu berapa ukuran chandeliar anda nak. nanti tak adala nampak kecil sangat atau besar sangat di ruang tu kan.

di harap post ini dapat memberi manfaat pada yang memerlukan

14 comments:

  1. Boleh bagi saya contact no contractor tu.? Email kan kat sy sharifahazalina@gmail.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas pkongsian,boleh share no kontraktor tu tak?tq in advance😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0175364230 semua kerja2 renovasion...

      Delete
    2. 0175364230 semua kerja2 renovasion...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. IZAD PLASTER CEILING..
    untuk sebarang pertanyan bleh
    Call or whatsup sy 0122257152

    ReplyDelete
  6. F&J plaster ceiling(area Johor bahru)harga boleh runding.....Tel:011-2757 5266

    ReplyDelete
  7. Salam
    Sy menyediakan perkhidmatan pemasangan siling kapur
    Siling gantung
    Partition
    Bole buka fb ERA PLASTER SHILING
    Lihat design kami dan komen tuan rumah
    Bole wasap/call 0173409043

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sngt stuju utk tuan rumah membuat perbandingan.. Dan material yg company guna.. Contoh kami mggunakan papan yg ad cop sirim d mana kerajaan sarankan.. Dan besi astino jrak adalah 1kaki stengah
      Dan fiber utk ketahanan siling

      Delete
  8. Apa nama fb contractor tu ye?

    ReplyDelete
  9. Berapa habis ni tuan? Keluasan nya sekali

    ReplyDelete